Tazkirah
nur_amal04
menulis ""Saudariku.....
Artikel ini ku
tulis dengan rasa kasih di hati. Renungkanlah isinya, hayati maknanya,
aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya. Jadikanlah pesananku ini
sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu, untuk muncul unggul
sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah. Insya Allah..
Saudariku....
Sesungguhnya
kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok,
menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama
sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk
mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
lantaran duri yang memagari dirinya.
Umpama mawar,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang
memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi awas, duri yang
melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya.
Saudariku.....
saya suka
sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah dirimu dengan
perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada
Allah.
Hiasilah wajah mu
dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah
ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang
tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.
Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang
diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk
melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang
terdedah.
Wanita solehah
yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah
harapan setiap insan
yang bernama
Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana
ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu, lebih-lebih
lagi dengan title gadis yang kau miliki. Sudah pastinya darah mudamu mencabar
rasa keimanan yang ada ...
Namun ingatlah
saudariku....
Sesiapa yang
inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu.
Yang penting gadisku... engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah.
Saudariku.....
Akuilah hakikat
dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau
tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat
membentingimu.
Sesungguhnya Nabi
ada mengatakan tentang bahaya dirimu :
" Tidak ada
suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....
Oleh itu
saudariku.....
Setiap langkah
dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan
biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.
Sesungguhnya
Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah
dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia
dengan sentuhan lembut tanganmu.
Saudariku...
Dalam hidupmu
pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap
insani, namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta.
Cinta itu mampu
membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil
apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT.
Sebelum kau
mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Mengkaji hakikat kejadianmu
yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu
mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah. Semoga disana mampu
melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan
kasih pada penciptamu.
Saudariku...
Mencintai Allah
dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi
kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya
akan bertambah
retak dan
terburai. Tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan
bertaut kembali.
Dalam usia mu
sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu
membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu
bertapak
dalam hati orang
yang melakukan maksiat.
Buat akhirnya,
terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan
bersama :
"Cintakan
manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan,
kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu
gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang
dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta
kepada pencipta manusia sendiri."
No comments:
Post a Comment