Wednesday, July 3, 2013

Hari 1 (3 Julai 2013)



Pkul 4.10pagi, mata dah terbukak .. bangun mandi2 solat subuh ..n then xtau nk buat ape ..update2 status n wait for sunrise pkul 5.45pagi ..mmg awal mtahari naik kt sini..5.45 pagi tu mcm pkul 7.15 dekat msia ..

Ok. Chnge plan..pegi melawat lab dulu pkul8 then pkul 10 baru breakfast dgn prof iqbal as long as prof sgt sibuk ..tgh hari dy akn ke sri lanka utk bbrapa hari..

Fida and Mai jadi tourist guide kami. First pegi PCMD (Panjwani Center of Molecular Medicine and Drug Research), tengok2 cam xde org .. then pegi HEJ (Hussein Ebrahim Jamal) ..jumpa Prof Ahsana dekat lab dy ..dy pun baru je smpai lab time ktorg pegi .. very nice and warm greetings from her..dy kenal mai n fida je .almaklum la dh 3kali dtg sini ..hhu..

Lepas tu baru ke PCMD balik utk jumpa dr Asmat. Dr Asmat smbut kami dgn sgt mesra skali .. wlaupun lab dy agk sempit, tapi kami berjaya duduk sembang2 sekali dlm satu bulatan. Baru bersembang dlm 10minit, dapat news baru, breakfast dgn prof iqbal diawalkan ke 9.30 pagi ..meeting skali dengan dr asmat, dr shobana, prof ahsana n few others. 

Meting dekat dining hall guest house kami. Prof Iqbal is a very2 nice person.. lyn kami sgt mesra. even kami tahu dy org paling penting kt ICCBS ni. Time meting tu, mostly prof iqbal yg brcakap ..dy bnyak bcerita ..n kami enjoy mndengarnya. Smua benda disembang. But one thing I know, he reads a lot of books. He knows a lot of things dan dia jugak follow keadaan poltik kt msia. prof request 1hari utk kami masak mknn msia utk serve kt dyorang..orait.no problem..Last tu sesi tukar2 cnderamata pihak kami dgn ICCBS especially prof iqbal. Meting habis pkul 11. Prof ckp lepas breakfast ni boleh balik tidur kt bilik..haha. bergurau je kot..

Lepas je meting tu, kami terus pegi ke PCMD balik utk plan dgn dr asmat apa yg nak dibuat sepanjang industrial training kami kt sini. Discussion buat dkt conference room. Hasil perbincangan, first week duk dkt lab stem cell, second dkt neuroscience, then tropical medicine. Lepas tu dr asmat ajak skali yg buat industrial training dekat lab tu utk join discussion, 4girls smuanya. Ice breaking skejap, kenal2 diri . YIMNA, QIRAT, ATIYA, NOUREEN. owh sory u all.i hve problem remembering names ..ni pun sbab tulis kat buku . hhu.. btw smua dari Karachi, kecuali Noreen dari Lahore..

Lepas discussion, pegi ke cafeteria. Dr asmat explained about protocol utk stem cell. And im totally lost after few minutes. Lol .. mjur la dy bagi copy utk smua org utk review balik. Bukan senang rupanya stem cell ni..kena master bnyk benda tp mostly ttg DNA, RNA, protein, compounds etc..dan kena master calculation and units..

Pkul 1petang, balik bilik. Mandi, solat dan bersiap utk ke lab balik .janji jumpa dekat lab pkul 2.30. Mai dan Fida akn jadi demonstrator utk terangkan kat kami procedur2 utk PCR. Kami dibahagikan kpd 2group. Satu group dgn fida, satu lagi dengan mai. Harini just buat dilution utk cDNA, besok  amplify cDNA. Lab smpai pkul 5.45 petang.

Abis je lab, engat dh nak balik bilik. Tetibe geng2 ni plak rancang utk kluar jalan2 ke kedai runcit .shoping la katakan..ok no problem. I follow..lepas mntak kbenaran dkt guest house, terus berjalan kluar. First, pekena juice oren dulu dekat gerai tak jauh dari guest house tu. Dapat minum juice oren gelas besar sorang satu. Harga tak mahal. Just 35rupee..Mai Fida ngn siti siap pekena burger skali..hohoho

Pastu pegi kedai runcit kena jalan jauh jugak. Smbil2 jalan snap2 gmbar, tgok fakulti2. smpai kedai, xtau nak beli ape pun. Last2 beli aiskrim je ..haha. habis dlm 120rupee je. dyorang pulak mak aii..penuh tangan. Hhu..balik tu kami dpt merasa naik trishaw dy..1trishaw naik 5orang + lagi barang2 yg dibeli..huhu

Smpai guest house, dh mghrib. Mandi2 solat n then ..update status dlu .hhe …dinner pkul 8.15. kali ni mkan nasi beriyani ayam kurma ..n stiap kali makan mesti ada roti nan dan hirisan bawang, tomato n timun..ohoho I like. Especially tomato n timun. Bawang mntah xsuka sangat. Habis dinner, masing2 naik ke bilik. Baru pkul 9 tapi dh ngantuk .. owh lupa. Kt msia dah pkul 12. Ok
Ops lupa nk bgtau. Kat sini xleh bukak you tube ye kwan2..kena block utk seluruh Negara.mybe atas faktor2  keselamatan.

 Berjalan ke PCMD, cuaca mcm nak hujan, tapi still panas

 Official breakfast with Prof Iqbal, Prof Ahsana, and Dr shobana

 Cenderahati dari pihak ICCBS

 Gerai kami 'pekena' juice oren. juice dy mmg pekat

 Fakulti Sain, Uni of Karachi




Catatan Pengalaman di ICCBS, University of Karachi, Pakistan



Tetibe rase nk menulis. Lagipun xde buat ape jugak pagi2 cmnie ..subuh masuk pukul 4.19 ..nak tggu matahari naik pkul 5.45 pastu nk tggu pkul 8pagi pulak utk sarapan etc. Fuuh bnyak masa yang ada ..kena pndai guna masa .rncang ape nk d buat supaya tak membazir tambah2 lagi minggu depan dh start puasa.  Huhuhu ..Puasa kat sini 15jam lebih! Tambah2 pulak skg ni musim panas ..anyway harap2 dpt survive and dpt adapt dgn kehidupan baru kat sini..dgn environment, orang2nya, makanannya n etc..

Ok skg nk cter pasal perjalanan semalam ..

UM ---KL SENTRAL---KLIA---COLOMBO (BANDARANAIKE AIRPORT), SRI LANKA---JINNAH INTERNATIONAL AIRPORT (KARACHI)—ICCBS, UNIVERSITY OF KARACHI

Tepat pkul 5.30pagi, Dr Durriyyah skali ngn Mama Edah datang kolej ambik utk pegi ke KL Sentral .. Owh before tht, pegi kolej 12 dulu ambik Mai..Dr D smpai xtidur tkut terlepas n smata2 nk pastikan kami smpai ke KL Sentral before 6.15am..uhuhu .kesian dr.. sgt2 terhutang budi dgn dr..start dari awal kami plan nk ke Karachi, sume surat2, calling2 sume dr yg uruskan ..

Smpai kat Kl Sentral, jam dh pkul 6lebih..ambik ERL, terus ke KLIA. KL sentral ke KLIA xlama , ade la dlm 35minit. Klau naik bas , sejam lebih jugak ..hhu. tp ERL of course mahal sikit brbanding dgn bas.. 6.45 smpai KLIA. Solat subuh kat sane ..then tggu utk check in beg. Tp Fida ngn Ct xsmpai lagi ..call2, sorg duk burger King, sorg duk McD .lol.. mama dh kesusahan dh sebab tkut xsempat nk check in barang, then nk makan pagi dlu ..hhu .Tiket pkul 9pagi ..

 
 At KL Sentral, beli tiket utk naik ERL. sorang rm35


Check in barang then naek KLIA punya train utk ke balai mnunggu.  Lalu dekat imigresen, xlepas sebab cap cari xleh detect ..mujur ad guard tu then boleh lepas ikut laluan lain. Mama dh bimbang takut xlepas .haha ..sory mama . Smpai kt hall tu, check in skali lagi then terus naek flight ..prjalanan ke sri lanka smua selamat. Alhmdulillah .siap lyn movie lagi ..hhu. KLIA ke SRI LANKA ambik msa 3jam ..smpai sane dh pkul 12 lebih ..tapi wktu kat sana baru pkul 10pagi ..first thing kna buat, cari gate masuk utk ke Karachi pulak .tiket ke Karachi pkul 1.00 ..waah .ade masa bnyak ni ..nk g shopping! Hahaaha ..lolll. tp brg kat sane boleh tahan la mahal ,,biasa la , airport. Baju kecik hrga 15usd.=47 rggit msia ..haha. xjadi shoping .. beli air mineral n coklat je .air mneral 2usd , coklat cdburry 5usd.,,huhuh. 
Pemandangan di perairan Sri Lanka



 
At terminal Bandaranaike International Airport, Sri Lanka

Pkul 12.15, check in masuk utk ke Karachi. Tengok kat luar, woahh hujan lebat..mujur flight xdelay. Masuk je flight, terus smbung layan cter tadi xsempat nk abiskan ..hahaah.the rise of the guardian..cter kartun budak2 ..hhu..kali ni misi utama, nak makan! Td xmakan dlm flight dari KLIA sbb engat kena byar ..rupanya free. P.mie pun xmkn. Aduhai .. stengah jam lpas tu, mknn pun smpai ..kami pilih vege sbb xbrape nk yakin dengan ayam n daging dy ..lebih2 lagi mama cdgkan sruh ambik vege. baru je mkn 1sudu, tiba2 flight bergegar dgn kuat skali ..sume yg dlm flight dh bising sbb mkanan n air melayang jatuh ..air2 bnyk tumpah ats seluar , lntai etc..pilot wt announcement spy bertenang ..anyway Alhmdulillah smpai ke Jinnah airport dgn selamatnya..pkul 4ptg wktu d sana..call iccbs utk ambikkan, then terus naik van ke Uni. Karachi ..dlm van masing2 duk sbuk ambik gmbar ..ape2 je yg nmpak mnarik spnjang prjalanan tu, sume d snap. Gmbar org rmai2 naik trishaw, lorinya yg ‘colourful’, dn bnyak lagi lah . pmndgn kt luar mcm tgh tgok cter hindustan je.sebijik! aku pulak rse mcm duk lm mimpi lagi ..’eh btul ke dh smpai Pakistan ni’ .hhu

Jinnah International Airport, Karachi

Smpai ICCBS, nk lepas gate dy kena chek sume dulu . check bwh van kut2 ade bom.hoho..then, check in masuk bilik..aku dpt bilik no47, p.mie45..yg 3 lagi pmpuan tu 41, 43 n 44..sume tgkat atas. Mama pulak bilik no10, ground floor..masuk bilik, letak beg, tengok2 ape kmudahan yg dia sdiakan.almari, tv, kerusi n meja, katil, peti ais, plug, heater, n toilet. ok ‘boleh hdup’! ..haha. n then terus lompat ats katil . sgt penat n pening2 xabis lg lps naik flight td..then solat zhur n asar. Asar kat sini awal .pkul 3.58 ptg..

Guest House. i.e tempat tinggal kami utk sebulan ni.comelkan

Asar ke mgrib, habiskan mase utk kemas2 brg.. bukak tv, huh sbijik pun xpaham..tgok gmbar je .
mandi2 then prepare utk solat mgrib..pkul 8.15 mkn malam. Makan macaroni berkuahkan ‘gulai’ ayam. Tmbah timun btg, tomato, n bwang..haha .mmg sedap. Dy masak gulai aym sbb dyorg tau kami org msia suka mkn mskn brlemak ni .hhe ..

Balik bilik, rasa cm dh ngantuk dah..letih sgt siang tadi kot ..tadi kami dmaklumkan pkul 8.30pagi besok, ada breakfast dgn director, Prof Iqbal Choudary. then solat Isyak, terus tidur. Wktu subuh masuk pkul 4.18pagi.

Monday, February 4, 2013

Sampaikan kepada saudara muslimahmu




Diluluskan pada Khamis, 06 April 2006 @ 16:14:06 oleh istisafa
Tazkirah 


nur_amal04 menulis ""Saudariku.....
Artikel ini ku tulis dengan rasa kasih di hati. Renungkanlah isinya, hayati maknanya, aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya. Jadikanlah pesananku ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu, untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah. Insya Allah..

Saudariku....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi awas, duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Saudariku.....
saya suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.

Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang
terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan
yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu, lebih-lebih lagi dengan title gadis yang kau miliki. Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...

Namun ingatlah saudariku....
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang penting gadisku... engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah.

Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu.

Sesungguhnya Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu :
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu saudariku.....
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insani, namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta.

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT.

Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah. Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.

Saudariku...
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah
retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.

Dalam usia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak
dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri."

Tuesday, January 29, 2013

KISAH RABIAH AL ADAWIYAH



Suatu ketika Malik al Dinar berkunjung ke tempat Rabiah dan menyaksikan kendi yang dimilikinya pecah,padahal kendi tersebut sering digunakan untuk minum dan wuduk.Terdapat juga sepotong kayu dan beberapa batu-bata yang kadangkala dipakai sebagai bantal.Hatinya merasa sedih melihatnya.
“Aku mempunyai seorang kawan yang kaya,”kata Malik kepada Rabiah. “Jika engkau  mahu, aku akan meminta sesuatu darinya untukmu.”
“Malik, engkau telah mengikuti perasaan sedih yang keliru.Bukankah Pemberiku dan Pemberi mereka itu sama?” Tanya Rabiah.
“Ya,” jawab Malik.
“Lalu, apakah Dia lupa kepada orang miskin, sehingga mereka jadi miskin? Dan apakah Dia sentiasa ingat kepada orang kaya sehingga mereka menjadi kaya?” Tanya Rabiah.
“Tidak,” jawab Malik.
“Kalau begitu,” lanjut Rabiah, “kerana Dia tahu keadaanku, bagaimana mungkin aku mengabaikanNya?Keadaan ini adalah atas kehendakNya.Dan aku pun inginkan apa yang Dia inginkan.”


Menjelang kewafatan Rabiah, para penziarah meninggalkan ruangan tempat ibadahnya dan menutup pintu. Lalu terdengar suara, “Wahai jiwa yang tenteram!Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas..”
Setelah itu, tidak terdengar suara lagi dari ruangan itu.Kemudian para penziarah tadi segera membuka pintu, dan menjumpai Rabiah telah meninggal dunia.Setelah kematiannya, ada orang melihatnya dalam mimpi.Ia bertanya kepada Rabiah,” Bagaimana engkau menghadapi malaikat Munkar dan Nakir?,”
Rabiah menjawab, “Mereka datang kepadaku dan bertanya, siapa Tuhanku.Aku menjawab, kembalilah kepada Tuhan dan katakan, Engkau tentu tidak lupa kepada seorang wanita tua lagi lemah. Sewaktu ada di dunia, aku hanya memiliki Engkau,tidak pernah melupakan Engkau. Jadi, perlukah Engkau mengirim utusan untuk bertanya siapa Tuhanku?”